Berita

Khabar dari Pasukan Pengurusan Chevron Malaysia
Kita kini sedang menghadapi dan beroperasi dalam keadaan yang tiada perbandingannya. Meskipun begitu, di sebalik segala ketidaktentuan, Chevron Malaysia amat berterima kasih di atas segala sokongan dari anda dan kakitangan stesen anda, untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan yang kami sanjungi, dalam kegawatan pasaran sekarang...
Chevron Malaysia mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan
Memandangkan kesan berat pandemik Covid-19 ke atas kesihatan dan kelangsungan hidup masyarakat tempatan, Chevron Malaysia berusaha keras untuk memastikan tindakbalas yang sewajarnya diambil bagi memastikan keselamatan semua. Kami telahpun melaksanakan program tindakbalas Covid-19 di semua stesen-stesen kami dan telah memastikan semua rakan runcit serta kakitangan stesen perkhidmatan mematuhi Standard Operating Procedure(SOP) yang baru ini, seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malayssia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini...
Ohayo dari Negara Matahari Terbit
Caltex Malaysia sedang memberikan pelanggannya peluang untuk menikmati kemeriahan di Jepun melalui promosi Caltex Ohayo Jepun, yang berlangsung dari 15 Mac hingga 15 Julai 2020. Promosi yang pada awalnya telah dijadualkan berakhir pada 15 Jun ini telah dilanjutkan sehingga 15 Julai 2020, dengan pembelian minima yang diperlukan untuk layak bagi promosi ini juga dikurangkan dari RM40 ke RM30 sahaja, bermula 9 Mei 2020...
Sentiasa masa bergembira sebagai pelanggan Caltex
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara pada 18 Mac 2020 telah menjejaskan banyak perniagaan, termasuklah stesen minyak, dengan orang ramai digalakkan supaya tidak keluar dari rumah dan mengelakkan dari sebarang pemanduan yang tidak perlu. Dengan perubahannya kepada PKP Bersyarat (PKPB) baru-baru ini, Chevron Malaysia ingin menggalakkan pelanggan setia untuk menggunakan Kad JOURNEY Caltex mereka dengan pelbagai promosi yang baru...
Caltex Lubricant memperkenalkan Panduan Saku dan Kempen 'Street Borne'
Akan datang ke stesen anda tidak lama lagi! Panduan Saku Pelincir baru saja dilancarkan dan akan membantu kakitangan perkarangan hadapan menjawab sebarang pertanyaan pelanggan mengenai pelbagai jenis pelincir yang dijual di stesen Caltex...
Pemasar Jenama bantu perangi penularan COVID-19
Memandangkan stesen minyak juga sebahagian daripada perkhidmatan penting ini, kakitangan stesen Caltex kami yang berwibawa telah bekerja keras untuk memastikan stesen mereka berjalan lancar seperti biasa, dengan gangguan yang amat minima. Memandangkan keadaan ini, dua Pemasar Jenama di Chevron iaitu Pen Petroleum dan Sutera Matra telah melancarkan usaha untuk membantu menjaga keselamatan serta kesihatan para kakitangan stesen Caltex, berserta pelanggannya sekali...
Tabik buat barisan hadapan penghantar makanan
Sambil sebahagian besar rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah ketika tempoh PKP ini, pekerja di barisan hadapan seperti penghantar makanan terus menggadai nyawa setiap hari, bagi memastikan mereka yang di rumah masih dapat menikmati juadah kegemaran mereka di rumah. Caltex Lubricants telah menjalankan kempen masyarakat melalui beberapa stesen minyak yang terpilih di serata empat kawasan untuk menghormati wira-wira ini...