27 May 2025

(Video) Sutera Matra - Inisiatif 'Customer First' Suku Pertama 2025

Sutera Matra - Inisiatif Customer First Q1 2025_BM.jpg

Pada suku pertama 2025, Sutera Matra melaksanakan beberapa Inisiatif 'Customer First' yang bertujuan meningkatkan keupayaan barisan hadapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Latihan praktikal telah dijalankan di seluruh negara, membolehkan Wakil Khidmat Pelanggan mengasah kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan pemulihan perkhidmatan melalui situasi dunia sebenar. Kuiz interaktif mingguan secara dalam talian turut diperkenalkan sebagai cara yang menyeronokkan untuk mengukuhkan pembelajaran.

Selain itu, satu lagi inisiatif menarik ialah cabaran TikTok CSR Daily Life yang menggalakkan kakitangan berkongsi rutin harian mereka. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, mencerminkan semangat dan dedikasi tinggi dalam menjalankan tugas.

Foto yang dikongsikan menggambarkan suasana semasa program berlangsung, penuh dengan semangat kerjasama dan kesungguhan.

(Video) Sutera Matra - Inisiatif 'Customer First' Q1 2025