Segala Yang Baik Berakhir Dengan Caltex

Isu 15, 2020


William Edwards Deming, seorang jurutera, ahli statistik, profesor, penulis, pensyarah dan perunding perniagaan Amerika pernah berkata, “Keuntungan perniagaan datang dari pelanggan yang kembali, pelanggan yang mewar-warkan projek atau perkhidmatan anda dengan bangga, dan mereka yang kemudian membawa rakan-rakan mereka bersama”. Kenyataan ini amat kena dalam industri kita, memandangkan pengguna mengisi minyak sekurang-kurangnya sekali dua seminggu, oleh itu kita mestilah berusaha agar mereka kembali ke stesen kita.

Sememangnya amat penting untuk kita memastikan kegembiraan setiap pelanggan, agar mereka kembali dan kadang-kadang mungkin juga memberi upah yang lebih. Inilah hasil berulang yang didapati dari pelanggan setia. Oleh itu memastikan perkhidmatan kita melangkaui jangkaan, menyediakan ganjaran yang kena dan mengaktifkan pelan untuk memelihara perniagaan adalah penting dalam pengurusan perniagaan kita.

Begitu juga apabila kita berbincang mengenai hubungan kita sesama sendiri, di mana pasukan Chevron kerap berbincang dengan para pelabur dan peruncit dalam usaha memperkembang dan meningkatkan pelaburan dalam rangkaian kita. En. Gan Chee Chong adalah contoh seorang pelanggan setia yang paling ketara.

“Dari kali pertama saya menghubungi Sritharan, NBAS untuk tapak di Hutan Melintang, Perak yang saya ingin bangunkan, saya sudah tahu yang hubungan perniagaan saya dengan Chevron akan berkembang dengan baik,” ujar En. Gan yang disegani ramai di Chevron. Perjalanan En. Gan dengan kami bermula pada tahun 2011, apabila beliau mengubah tapak beliau yang berjenamakan saingan kita kepada jenama Caltex, di bawah Branded Marketer Scholfield Sdn. Bhd., di mana En. Gan berkata beliau telah diterima dengan amat baik dan penuh hormat.

Pengalaman kali pertama itu kini telah banyak berulang, di mana En. Gan telah mengubah jenama tapak-tapak beliau di Nilai, Teluk Panglima Garang dan Kuala Lipis dalam masa hanya 8 tahun. Hingga kini, beliau telah mengubah 5 tapak dari saingan kami kepada keluarga Caltex, dan bercadang untuk terus melakukannya di masa hadapan. Tidak puas dengan kemajuannya setakat ini, beliau juga telah membeli tapak di kawasan-kawasan tumpuan Chevron dan mengembangkan potfolio ROROnya di kawasan yang mengalami pertumbuhan tinggi seperti Bestari Jaya dan Bandar Baru Banting.

Rangkaiannya sendiri buat masa ini termasuklah lokasi seperti Pandamaran, Pelabuhan Kelang dan Perling di Johor. Sebagai pengusaha beberapa tapak, En. Gan memilik dan menguruskan sekitar 10 stesen Caltex dalam rangkaian kami, dan giat mengembangkan perniagaannya dengan berbekalkan pengetahuannya dalam bidang hartanah. Beliau mempunyai 5 orang kakitangan utama, yang berpejabat di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Setelah mempelopori pelbagai perniagaan selang 20 tahun yang lepas, termasuklah jual-beli hartanah dan sektor pembinaan, En. Gan berpendapat pulangan dari perniagaan stesen minyaklah yang paling lumayan, baik dari segi kewangan mahupun peribadi. “Saya dapat berinteraksi dangan masyarakat setempat dan memberi peluang pekerjaan kepada ramai pekerja tempatan di kawasan sekeliling,”, kata En. Gan.

Kini anak-anaknya juga telah mula berkecimpung dalam perniagaan ini. “Memang kena, kerana apalah usaha kita jika tidak untuk membina generasi masa hadapan,”, ujarnya lagi.

Apabila ditanya rahsia kejayaan serta hubungan eratnya dengan Chevron, En. Gan yang terkenal dengan sikap ramah dan tenangnya menjawab, “Bagi saya, sifat adil dan saksama amatlah penting dalam segala urusan, dan rata-rata pekerja Chevron dilatih untuk memastikan semua pihak, baik pelabur mahupun syarikat, sentiasa menikmati segala hasil dengan adil.

Setelah bekerja rapat dengan NBAS Chevron sepert Sritharan, Steven Ho dan Rizal Jaffar, En. Gan berkata beliau sentiasa memastikan dapat terus membina hubungan ini dengan mereka, dengan mengambil masa untuk bersama mereka baik di bilik mesyuarat, berkopi atau makan tengahari, dan juga agar dapat menyerasikan segala rancangannya dengan rancangan pertumbuhan Chevron sendiri. Di samping itu beliau juga menghabiskan masa dengan pihak pengurusan untuk berkongsi pendapatnya mengenai bagaimana untuk memperbaiki pengendalian stesen serta kegiatan berkaitan yang lain. “Memang kita selalu mahukan perkembangan, tapi mengekalkan mutu pengendalian seharian juga amat mustahak, bahkan merupakan asas pertumbuhan masa hadapan,” kata En. Gan.

Setelah memastikan stesen-stesennya sentiasa mendapat markah tinggi dalam pantauan Pelanggan Didahului dan Pemeliharaan Paparan, dua stesen beliau juga berjaya memenangi Anugerah Insentif S.T.A.R., di mana beliau memberikan semua hadiah yang dimenangi kepada kakitangannya untuk menikmati percutian ke Tokyo, Jepun yang ditaja Chevron. Dalam ucapannya yang memberangsangkan, beliau berkata “Segala yang baik berakhir dengan Caltex, dan saya gembira dapat mengalaminya bersama anda”.

En. Gan memiliki dan mengendali beberapa stesen Caltex melalui pelesenan perseorangan untuk tujuan pegangan strategik, dan sering memberi peluang kepada pelabur lain untk membina stesen-stesen baru bersamanya.