Masa Hadapan Kedai Minyak Dan Serbaguna

Isu 15, 2020


Industri kedai serbaguna telah berjaya menyesuaikan diri bagi mengatasi pelbagai rintangan sejak beberapa tahun ini, dari meningkatkan pengalaman deria pelanggan hinggalah penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Seperti juga mana-mana sektor runcit, kedai serbaguna harus menyesuaikan diri kepada keperluan pelanggan yang berkembang dan mengutamakan sebarang strategi bagi memenuhi keperluan-keperluan baru ini.

Bukan sekadar hentian sementara

Kedai serbaguna sudah mula melebihi tujuan asalnya sebagai tempat bagi mengisi minyak dan mungkin mencari minuman atau makanan ringan. Banyak kedai serbaguna kini telah berkembang menjadi kemudahan bertaraf tinggi yang memenuhi keperluan deria pelanggan masakini. Industri ini telah mengambil langkah-langkah yang besar untuk meningkatkan persepsi serta nilainya di mata pelanggan, dan perkembangan teknologi telah memainkan peranan besar dalam perubahan ini.

Sebenarnya, pengurus kedai serbaguna telahpun mengenalpasti jentera kendalian sendiri, penghantaran tahap-baru, pembelian tanpa selisih dan aplikasi talipon bimbit sebagai teknologi yang paling tinggi potensinya untuk menjana keuntungan. Semakin teknologi ini berkembang dan mendapat tempat di hati pengguna, pengalaman membeli-belah di kedai serbaguna akan tertumpu khususnya kepada pengalaman deria peruncitan dan membina perjalanan pelanggan tanpa sebarang perselisihan.

Untuk memenuhi keperluan pelanggan, setiap kedai serbaguna mestilah mencari jalan untuk menjadikan pengalaman menggunakan kedai mereka yang paling mudah, tenang dan menguja berbanding yang lain. Pelanggan kini mahukan pengalaman membeli yang pantas, dan peruncit berpeluang membolehkannya dengan mempercepat dan memantapkan titik jualan dan melenyapkan titik rintihan, seperti masa menunggu dan beratur yang lama.

Pengalaman pelanggan juga boleh dipertingkatkan dengan menggunakan maklumat pelanggan yang berharga, untuk memudahkan peruncit menyediakan pesanan, promosi dan pautan yang kena bagi setiap pelanggan sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kedai.

Usaha untuk melestarikan masa depan industri permotoran juga akan meninggalkan kesan kepada kedai serbaguna, dan peruncit haruslah bersedia dengan sentiasa mencari peluang untuk menyingkap pengalaman baru yang megujakan pelanggan – tidak kira perjalanan mahupun kenderaan yang digunakan untuk tiba di sana.