Tabik buat barisan hadapan penghantar makanan

Isu 13, 2020

Sambil sebahagian besar rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah ketika tempoh PKP ini, pekerja di barisan hadapan seperti penghantar makanan terus menggadai nyawa setiap hari, bagi memastikan mereka yang di rumah masih dapat menikmati juadah kegemaran mereka di rumah.

Caltex Lubricants telah menjalankan kempen masyarakat melalui beberapa stesen minyak yang terpilih di serata empat kawasan untuk menghormati wira-wira ini. Sebagai ucapan terima kasih kami kepada penghantar makanan Grab dan Foodpanda, setiap penunggang telah menerima sebotol minyak pelincir enjin Havoline EZY 4T SAE 20W-40 ketika mengisi minyak di stesen kami.

Senyuman mereka amat ketara ketika pemberian minyak Havoline ini dijalankan dan kami mengalu-alukan lebih ramai lagi penghantar makanan mengisi minyak di stesen Caltex kami.