Pemasar Jenama bantu perangi penularan COVID-19

Isu 13, 2020


Tempoh beberapa bulan yang lepas ini boleh dikatakan pelik dan pada masa yang sama amat mencabar sekali bagi rakyat Malaysia dan warga sedunia. Segala kebebasan dalam amalan harian kita telah berubah dengan sekelip mata, dalam usaha kita untuk memerangi wabak COVID-19 ini.


Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yanf telah bermula pada 18 Mac 2020, kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa kekal di rumah sepanjang hari sehingga berbulan lamanya, dan hanya dapat keluar sekali-sekala bagi membeli barang keperluan harian yang penting. Namun, terdapat juga ribuan pekerja barisan hadapan dalam pelbagai industri utama yang terpaksa bekerja dan menggadai nyawa setiap hari, demi memenuhi keperluan rakyat jelata.


Memandangkan stesen minyak juga sebahagian daripada perkhidmatan penting ini, kakitangan stesen Caltex kami yang berwibawa telah bekerja keras untuk memastikan stesen mereka berjalan lancar seperti biasa, dengan gangguan yang amat minima.

Memandangkan keadaan ini, dua Pemasar Jenama di Chevron iaitu Pen Petroleum dan Sutera Matra telah melancarkan usaha untuk membantu menjaga keselamatan serta kesihatan para kakitangan stesen Caltex, berserta pelanggannya sekali.

Usaha-usaha ini termasuklah menghantar Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) seperti topeng muka kepada stesen untuk membantu melindungi para pekerja barisan hadapan ketika bekerja; menjalankan pemeriksaan suhu badan kakitangan pada setiap hari, dan menyahkumankan setiap pam minyak dan kawasan permukaan yang sering diusik pelanggan. Langkah-langkah yang diambil Pemasar Jenama ini jelas menunjukkan keprihatinan serta komitmen mereka terhadap keselamatan dan kesihatan para peruncit serta pelanggan mereka.

Chevron Malaysia menyanjung Pemasar Jenama kami di atas segala usaha mereka bagi memerangi penularan COVID-19 ini.