Caltex Lubricant memperkenalkan Panduan Saku dan Kempen 'Street Borne'

Isu 13, 2020

Panduan Saku Caltex Lubricants

Akan datang ke stesen anda tidak lama lagi! Panduan Saku Pelincir baru saja dilancarkan dan akan membantu kakitangan perkarangan hadapan menjawab sebarang pertanyaan pelanggan mengenai pelbagai jenis pelincir yang dijual di stesen Caltex.


Dalam setiap panduan ini, dipaparkan nama barangan, faedah serta ciri-ciri unik barangan itu, di samping jenis kereta dan cadangan jarak atau tempoh penggunaannya. Panduan ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan maklumatnya tertera dalam bahasa yang mudah difahami para pengguna.

Chevron Malaysia akan mula mengedarkan panduan saku ini menerusi Wakil Jualan Pengedar (DSP) semasa mereka melawat setiap stesen Caltex, dan latihan penggunaannya akan berlangsung sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Caltex Havoline 'Street Borne' 2020


Promosi Caltex Havoline Street Borne 2020 adalah promosi yang terkini bagi pengguna. Setiap botol minyak pelincir akan mengandungi premium Street Borne percuma, dan dijual di dalam kotak promosi yang menarik.

Walaupun tempoh kempen ini masih belum dapat ditentukan, kami menganggarkan ia akan bermula pada bulan Julai 2020, tertakluk kepada tarikh berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan. Nantikan berita selanjutnya dari Chevron Malaysia dan DSP anda.

Jualan Penghabisan Stok

Sambil kita menanti promosi minyak pelincir yang baru ini, Caltex Lubricants juga akan menghabiskan semua stok pek promosi yang sebelumnya dan memberi peluang kepada kakitangan stesen untuk mendapat upah lebih juga.

Setiap pek promosi yang lama akan dijual dengan potongan sebanyak 20% dari harga tanda runcit (RSP), dan peruncit boleh menebus kembali jumlah potongan ini dari pengedar mereka. Untuk membantu peruncit menghabiskan stok ini, Chevron juga akan memberikan dorongan jualan kepada semua juruwang dan kakitangan runcit. Bagi setiap barangan Techron dan pek 4L yang dijual, juruwang dan kakitangan runcit akan mendapat RM10, dan untuk setiap pek 1L yang dijual, mereka akan mendapat RM5.

Jadual di bawah menunjukkan barangan yang dijual untuk penghabisan stok ini:


* Kandungan pek Transformers perlu dijual “off-pack” i.e. tanpa kotak - hak pemasaran telah berakhir

Tempoh jualan penghabisan stok ini adalah dari 6 April hingga 31 Mei 2020, atau apabila semua stok lama telah dijual. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Wakil Jualan Pengedar (DSP) anda.