Sentiasa masa bergembira sebagai pelanggan Caltex

Isu 13, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara pada 18 Mac 2020 telah menjejaskan banyak perniagaan, termasuklah stesen minyak, dengan orang ramai digalakkan supaya tidak keluar dari rumah dan mengelakkan dari sebarang pemanduan yang tidak perlu.

Dengan perubahannya kepada PKP Bersyarat (PKPB) baru-baru ini, Chevron Malaysia ingin menggalakkan pelanggan setia untuk menggunakan Kad JOURNEY Caltex mereka dengan pelbagai promosi yang baru.

Promosi yang pertama adalah promosi 'Tebus & Jimat', di mana pemegang kad JOURNEY Caltex boleh mendapat minyak bernilai RM25 dengan menebus hanya 2,020 BPoints, berbanding 2,500 BPoints yang diperlukan sebelum ini. Wakil Perkhidmatan Pelanggan juga boleh menggunakan peluang ini untuk mengesyorkan kepada ahli Kad JOURNEY Caltex supaya menebus mata ganjaran mereka, yang mungkin akan luput tidak lama lagi!

Selain itu, terdapat juga promosi Nutrifresh di mana pelanggan Caltex boleh membeli barangan dari Koleksi Nutrifresh dengan pembelian minyak berjumlah sekurang-kurangnya RM30. Pembelian ini boleh dilakukan dengan salah satu cara: menebus jumlah penuh pembelian dengan mata BPoints; menebus sebahagian dari jumlah pembelian dengan mata BPoints dan selebihnya secara tunai, atau membayar jumlah keseluruhannya secara tunai.

Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar anda menyemak maklumat mengenai tempoh promosi ini terlebih dahulu, kerana ia bergantung kepada arahan kerajaan berkaitan PKPB dan pandemik Covid-19. Chevron Malaysia akan memastikan setiap rakan runcit dimaklumkan sebaik sahaja butiran pelancaran promosi ini ditentukan.

Dalam pada itu kami juga masih mengadakan promosi 'Ganjaran Harijadi' yang telah berlangsung sejak Januari 2020, dan akan berterusan sehingga Disember 2020, di mana ahli Kad JOURNEY Caltex yang terpilih akan menerima SMS dan pemberitahuan e-mel untuk memaklumkan mereka bahawa mereka boleh menebus minyak bernilai RM5 dengan percuma pada bulan harijadi mereka.