Ohayo dari Negara Matahari Terbit

Isu 13, 2020


Caltex Malaysia sedang memberikan pelanggannya peluang untuk menikmati kemeriahan di Jepun melalui promosi Caltex Ohayo Jepun, yang berlangsung dari 15 Mac hingga 15 Julai 2020.

Promosi yang pada awalnya telah dijadualkan berakhir pada 15 Jun ini telah dilanjutkan sehingga 15 Julai 2020, dengan pembelian minima yang diperlukan untuk layak bagi promosi ini juga dikurangkan dari RM40 ke RM30 sahaja, bermula 9 Mei 2020.

Terdapat dua hadiah utama untuk dimenangi, di mana dua pemenang bertuah masing-masing akan memenangi sebuah kereta pantas bergaya Toyota C-HR yang baharu. Hadiah kedua pula akan menyaksikan seramai enam pemenang menerima pakej percutian ke salah satu dari tiga destinasi di Jepun - samada Hokkaido, Tokyo atau Kyoto - bernilai RM15,000 setiap satu, sementara 90 lagi pemenang hadiah saguhati akan mendapat samada kad Caltex Starcash, baucer hadiah Panasonic atau baucer hadiah AEON bernilai RM500.


Pelanggan hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut untuk layak menyertai pertandingan promosi Caltex Ohayo Jepun ini:

  1. Isi minyak sekurang-kurangnya RM30 di mana-mana stesen Caltex
  2. Ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
  3. WhatsApp 'Caltex' ke 018 299 9980 atau imbas kod QR yang tertera di stesen
  4. Ikut arahan yang diberikan melalui WhatsApp dan anda akan terus layak bertanding!
Peringatan: Pemegang kad Caltex JOURNEY dan kad B Infinite mempunyai dua kali ganda peluang untuk menang.

Iklan dan promosi melalui saluran Radio 11 Astro, OOH (paparan di atas bas), media sosial dan poster di stesen-stesen minyak telah pun dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai promosi ini. Wakil Perkhidmatan Pelanggan (CSR) juga telah diberikan sehelai bandana untuk dipakai sepanjang tempoh promosi ini untuk memeriahkan lagi suasana promosi ini.