Khabar dari Pasukan Pengurusan Chevron Malaysia

Isu 13, 2020


Kehadapan Rakan Runcit kami,

Kita kini sedang menghadapi dan beroperasi dalam keadaan yang tiada perbandingannya. Meskipun begitu, di sebalik segala ketidaktentuan, Chevron Malaysia amat berterima kasih di atas segala sokongan dari anda dan kakitangan stesen anda, untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan yang kami sanjungi, dalam kegawatan pasaran sekarang.

Anda - rakan runcit kami, bersama kakitangan anda - adalah wira-wira kami yang sebenar. Terima kasih kerana memenuhi setiap garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan segala usaha anda sendiri bagi memastikan keselamatan perniagaan anda. Saya amat kagum dan berbesar hati melihat nekad dan tenaga yang jelas dari anda dan kakitangan anda dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan melayani pelanggan kami, sambil memastikan keselamatan mereka juga.

Seperti anda sedia maklum, di samping bantuan kredit dan khidmat kewangan, kami juga telah melaksanakan pembekalan topeng muka dan pembersih tangan bagi digunakan di semua stesen. Chevron Malaysia akan terus memberikan sokongan kami sepanjang kepincangan ini, dan akan terus mencari jalan bagi membantu perniagaan anda; kami harap tindakbalas kami setakat ini telah sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dialami akibat pandemik ini.

Memandangkan langkah-langkah yang diambil telah jelas terbukti berjaya mengurangkan risiko jangkitan, kami ingin menggalakkan anda untuk meneruskan usaha gigih anda untuk mengekang jangkitan virus ini, dan terus menjaga keselamatan anda dan pasukan anda.

Seperti yang dapat kita lihat, terdapat peningkatan yang jelas dalam kegiatan ekonomi dan sosial, setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 Mei 2020. Namun, wabak Covid-19 ini masih belum berakhir. Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk menyesuaikan diri dengan ‘amalan baru’ yang perlu untuk menangani jangkitan ini, sehinggalah vaksin yang terbukti berkesan telah ditemui.

Apa yang kelihatan sekarang di bawah PKPB adalah kelonggaran kecil yang dibenarkan bagi membolehkan kelangsungan hidup perniagaan. Oleh itu, kami menyeru agar anda terus menggunakan topeng muka dan mengamalkan kebersihan dan penjarakkan sosial yang berkesan, kerana inilah langkah-langkah yang paling berkesan untuk memastikan keselamatan anda.

Disaling segala ketidaktentuan yang kita hadapi sekarang ini, saya yakin kita akan mampu mengatasi sebarang cabaran dan akan terus mendukung jenama Caltex dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami. Tiada persoalan lagi, krisis ini tiada tandingannya, tapi kita akan muncul dengan lebih tenaga dan berwibawa!

Akhirkata, saya doakan kesihatan anda semua. Teruskan menjaga keselamatan dan kesihatan anda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan runcit kita yang beragama Islam serta keluarga mereka.

Terima kasih!

 

Jeff Tan Meng Yih
Timbalan Pengurus Besar